HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

AUTHOR:
SHARIFAH BAHARUM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)
JOKI PERDANI SAWAI
R. BALAN RATHAKRISHNAN (Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah)

ABSTRACT:

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan komunikasi dalam organisasi (komunikasi  ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kepada organisasi di kalangan pekerja. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian lapangan. Subjek kajian adalah terdiri daripada 155 orang kakitangan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Alat kajian terdiri daripada empat alat ukuran psikometrik iaitu alat ukuran proses komunikasi, Minnesota Satisfaction Questionaire (MSQ), Organizational Commitment Quetionaire (OCQ), dan soal selidik penilaian prestasi. Keempat-empat alat psikometrik ini juga telah diuji kebolehpercayaan dan kesahihannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara ketiga-tiga jenis komunikasi (komunikasi ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah) dengan kepuasan kerja. Jenis komunikasi mendatar dan jenis komunikasi ke bawah mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen organisasi tetapi jenis komunikasi ke atas didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ketiga-tiga jenis komunikasi (ke atas, mendatar dan ke bawah) dengan prestasi kerja. Kepuasan kerja juga didapati mempunyai hubungan
positif yang signifikan dengan prestasi kerja dan juga kepuasan kerja didapati  mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen organisasi.

FULL TEXT: FREE DOWNLOAD KOMUNIKASI ORG-KEPUASAN

Comments :

1
Ceria Sayang said...
on 

boleh nk tau tahun kajian ini dijalankan

Post a Comment